Thursday, July 24, 2014


Selamat Datang ke Blog BMM3053

Assalamualaikum wbt dan Salam Mesra.  Saya mengalu-alukan saudara dan saudari warga maya melayari blog ini seterusnya mendapat manfaat daripada isi kandungan yang termuat didalamnya.  Objektif utama blog ini dibangunkan ialah untuk menyediakan ruang bagi menyampaikan dan berkongsi maklumat dengan pelajar saya yang sedang mengambil kursus BMM3053: Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer Semester 3.
Salah satu keperluan kursus ini ialah pelajar dikehendaki membina laman atau blog yang isi kandungannya terdiri daripada bahan-bahan yang telah dikumpul melalui amali mingguan. Bahan-bahan tersebut merupakan tugasan kerja kursus yang  akan dinilai selain daripada penilaian peperiksaan akhir.
Saya berharap agar para pelajar dapat melaksanakan tugasan ini dengan usaha yang paling maksimum, sentiasa menambah baik isi kandungan dari semasa kesemasa, ikhlas dalam menerima teguran dan mengamalkan budaya "aku buat untuk menambah ilmu dan bukan mendapat markah semata-mata".

Sekian dan selamat menimba ilmu.




  

No comments:

Post a Comment