5 Ogos 2014 (7.30-9.30 pagi)
Sesi amali pada pagi ini dikendalikan oleh Ari-Nadzriah. Saya memilih saudari Ari kerana sebelumnya saya melihat blog yang dihasilkan agak kemas dan terdapat pelbagai aplikasi yang telah dipautkan. Dan saya beranggapan dia memiliki kemahiran agak baik berbanding rakan-rakan lain. Untuk memudahkan Ari memberi penerangan serta bimbingan, kami bertukar tempat. Saya menghuni mejanya dengan harapan dapat mengikuti penerangannya dan memperbaiki blog yang masih belum dapat saya kemas kini.
Penerangan Ari bermula dengan paparan reka bentuk blog. Diikuti dengan membina menu-menu utama bagi memastikan susunan maklumat lebih mudah dilihat dan diakses. Arahan dan penerangan dapat dijelaskan dengan baik serta dipermudahkan dengan bantuan paparan di interactive board . Masalah-masalah teknikal yang lain turut dibantu oleh rakan-rakan lain yang memiliki kemahiran yang baik.
Maklum balas daripada pelajar lain amat baik dan masing-masing tekun untuk mengemas kini blog yang telah dihasilkan, penerangan Ari diikuti dengan pertanyaan demi pertanyaan. Saya dapati pelajar lain turut membantu yang lain. Selain itu saya turut memberi sedikit komen tentang blog para pelajar terutama sekali penggunaan latar yang kurang sesuai serta gambar yang terlalu kecil sehingga sukar di kenal pasti.
Sesi amali selama dua jam yang menumpukan kepada pembinaan blog berjalan dengan baik dan hasilnya amat positif. Seramai 18 blog telah berjaya saya pautkan ke laman blog ini sementara 4 lagi masih dalam pembinaan dan tidak sempat dipautkan kerana menghadapi masalah teknikal. Pautan blog pelajar ini memudahkan saya memantau perkembangan isi kandungan yang sepatutnya mereka kemas kini dari semasa ke semasa.
Sesi amali akan datang mengemas kini blog masing-masing. Saya akan tekankan kepada pelajar agar sentiasa mengemas kini blog bagi mengelakkan kerja kerja tertangguh, selain itu akan dapat menajam kemahiran. Saya berpendapat sekiranya kemahiran tersebut tidak dilakukan secara berulang-ulang dan berterusan, kemahiran tersebut akan mudah hilang.
9 Ogos (11.00-1.00 petang)
Hari ini merupakan hari Sabtu, tetapi kuliah ganti dijalankan menggunakan jadual hari Khamis. Sesi amali diteruskan dengan mengemas kini blog masing-masing. Saya sedikit kesal kerana masih ramai lagi pelajar yang tidak mengemas kini blog. Bahan-bahan untuk minggu 1, 2 dan 3 masih kosong, walhal bahan tersebut telah mereka siapkan dan hanya memerlukan sedikit masa untuk dimuat naik. Saban hari saya memantau perkembangan tersebut dan hari ini perlu saya ingatkan sekali lagi.
Sesi kali ini saya mulakan dengan cara memuat naik alamat dan gambar dalam format word. Para pelajar tidak perlu menaip semula bahan-bahan yang sedia ada tetapi menggunakan aplikasi PrtSc dan menukarkannya kepada JPEG. Hasilnya bahan dalam bentuk JPEG tadi lebih mudah dimuat naik. Namun saya turut dibantu oleh beberapa orang pelajar menggunakan aplikasi lain yang nampaknya lebih mudah. Penerangan saudara Jumat dan Roslin saya harap akan dapat membantu pelajar lain meningkat kemahiran. Selain itu saya juga memberi contoh catatan refleksi yang saya hasilkan sebagai panduan.
Rumusannya, saya dapati kemahiran pelajar semakin baik. Mereka sudah dapat menghasilkan blog dan menyusun atur maklumat dengan kemas. Walaupun ada sebilangan kecil yang agak lambat tetapi pelajar lain yang lebih baik bersedia membantu. Cabarannya ialah melengkapkan kandungan blog dan memastikan ia siap mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Ada kalanya sikap buat kerja "last minute" ini akan memerangkap mereka dan hasilnya nanti pastilah kurang berkualiti. Sikap dan budaya inilah yang kena saya ingatkan berkali-kali dalam kelas ini.
11 Ogos (9.30-10.30)
Saya mulakan dengan menayangkan beberapa blog yang masih belum dikemas kini dengan harapan semua pelajar tahu yang saya sentiasa memantau blog mereka. Seperti biasa, masing-masing dengan alasan yang kadang-kadang agak remeh. Saya tetapkan untuk amali kali ini, semua perajar melengkapkan bahan minggu 1 dan 2. Selebihnya bolehlah mengemas kini maklumat lain seperti refleksi dan gambar-gambar yang relevan.
Saya juga menggalakkan pelajar memuat naik gambar-gambar yang berkaitan di blog agar lebih menarik. Gambar-gambar tersebut mampu bercerita dan memberi seribu makna.
12 Ogos (7.30-9.30)
PIZAB, satu lagi aplikasi mengedit foto yang sangat berguna. Jika sebelumnya saya hanya mengedit foto menggunakan Foto Manager melalui Microsof tetapi dengan ilmu baharu ini saya dapat mempelbagaikan lagi cara suntingan gambar. Penyuntingan PIZAB perlu dilakukan secara online dan arahan-arahan melalui menu juga jelas dan mudah difahami sekiranya kita biasa menggunakan aplikasi yang lain. Kali ini Saudari Aqma dan Irfidah yang melakukan penerangan dan demonstrasi di hadapan kelas. Masing-masing mencuba melakukan penyuntingan berdasarkan arahan yang terdapat dalam menu.
Saya menekankan juga agar blog para pelajar dihiasi dengan gambar-gambar yang sesuai dan bersifat akademik. Maksud saya yang menggambarkan suasana aktiviti pembelajaran sama ada di sekolah atau di kelas masing-masing. Tetapi gambar tersebut perlulah dipilih dan disunting agar lebih menarik lagi. Saya berharap kemahiran hari ini dapat dikuasai seterusnya diterjemahkan melalui hasil kerja mereka nanti. Rugi rasanya mempelajari ilmu baharu tetapi tidak dapat ditunjukkan hasilnya.
Perjalanan sesi amali pada pagi ini lancar dan masing-masing menunjukkan minat yang tinggi dan saya percaya ada sebahagiannya telah berjaya menyunting dengan baik sekali. Sekarang saya mempunyai lebih banyak alternatif untuk menyunting gambar. Seterusnya saya ingin kongsikan ilmu hari ini dengan anda semua, aplikasi PIZAB ini boleh diaskes di URL berikut.
http://www.pizap.com/

SELAMAT MENCUBA
No comments:
Post a Comment